CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

CERITERA CINTA KITA



..yang kini bergelar suamiku..

"Kau yang bernama lelaki…
Sekiranya suatu hari nanti
Ditakdirkan kita akan bersama
Menyusuri bahtera kehidupan,
Usahlah kau impikan selaut sutera
keindahan
juga usah kau harapkan
kesempurnaan yang mutlak dari diri ini..
akuilah hakikat yang tersurat
aku bukan Siti Khadijah,
mahupun permata Siti Aisyah,
mahupun Ummul Mukminin yang lain,
bukan juga Rabi’atul Adawiyah
wanita sufi yang terpuji.
Juga tidak mencapai martabat
Siti Maryam, Masyitah, asiah atau Sumayyah.
Kau yang bernama lelaki…
Mengertilah..,
Dengan keIslaman,
Aku hanyalah wanita akhir zaman
Yang masih cuba mempertahankan maruah
Dan kesucian diri sebagai seorang Muslimah
Berlandaskan landasanNya
Dalam mengharungi
Kegawatan dunia masakini.
Yang serba palsu lagi menjijikkan,
Dengan kemampuan diri
Yang tinggal sekuman cuma.
…kau yang bernama lelaki,
demi keranaNya semata-mata
tidakku tagih apa-apa darimu,
Cuma ku pohon pengertian
Dan kasih suci,
Bahawa aku adalah amanah
Untuk dirimu,
Seandainya kita ditakdirkan bersama."

~ SEMOGA CINTA KITA HINGGA KE AKHIRAT..AMIIN..