CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, July 9, 2010

..mencintai-Mu ya Rabb



.. Alhamdulillah masih dikurniakan nyawa dan peluang untuk helaan nafas yang kesekian kalinya untukku beribadat, bermuhasabah ..memikirkan dosa, pahala, keikhlasan, kenikmatan, kekurangan ..diri yang serba kekurangan ini...

terasa diri yang semakin dimamah usia..adakah amalanku seiring dengan usiaku..? ya Rabb..sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui apa yang zahir dan di dalam hati nurani...

lindungilah hatiku dan insan-insan kesayanganku..semoga sentiasa dan tetap di jalanMu ya Allah..kami hanya insan-insan yang lemah..ya Allah..

betapa ku syukuri nikmat Islam dan Iman yang dikurniakan olehMu ya Allah..jua nikmat kasih sayangMu ..dengan sentuhan kasih sayang yang dikurniakan di dalam alam rumahtangga yang pada hakikatnya adalah dariMu jua..baitulmuslim yang dibina..dengan anugerah zuriat aset dunia lebih lagi akhirat..syukurku padaMu ya Allah..

betapa banyak nikmatMu..tak mampu ku hitung..namun cukup berbalaskah amalanku,ya Allah.. tidak ya Allah..kadangkala ku alpa dan leka..ku ingin menjadi hambaMu yang benar-benar bersyukur..

tetapkanlah imanku dan pasanganku..juga zuriat keturunanan kami..amiin, amiin ya rabb..


...MAAFKAN AKU WAHAI SUAMI...

Dua bilah kayu disatukan dengan paku. Dua ketul bata disatukan dengan simen.

Dua hati di satukan dengan apa? Jawabnya, dengan iman.

Dua hati yang beriman akan mudah disatukan. Jika dua hati mengingati yang SATU, pasti mudah keduanya bersatu.

Begitulah dua hati suami dan isteri, akan mudah bersatu bila iman di dalam diri masing-masing sentiasa disuburkan.

Bukan tidak pernah terguris. Bukan tidak pernah bertelagah. Tetapi jika di hati sama-sama masih ada ALLAH, perdamaian akan mudah menjelma semula. Yang bersalah mudah meminta maaf. Yang benar mudah memberi maaf. Tidak ada dendam memanjang. Masam cuma sebentar. Pahit hanya sedikit.

Itulah yang ditunjuk oleh teladan rumah tangga Rasulullah s.a.w. Ada ribut… tetapi sekadar di dalam cawan. Ada gelombang… tetapi cepat-cepat menjadi tenang.

Jika ditanyakan kepada dua hati yang bercinta, siapakah yang lebih cinta pasangannya?

Maka jawabnya, siapa yang lebih cintakan Allah, dialah yang lebih cintakan pasangannya. Justeru, janganlah hendaknya hanya berfikir bagaimana hendak mengekalkan cinta antara kita berdua, tetapi berusahalah terlebih dahulu agar mencintai kepada yang Esa. Jika kita bersama cintakan yang Maha Kekal, pasti cinta kita akan berkekalan.

Jika paku boleh berkarat, simen boleh retak,

maka begitulah iman, boleh menaik dan menurun.

Iman itu ada “virusnya”. Virus iman ialah ego (takbur).

Jangan ada takbur, cinta pasti hancur.

Orang takbur merasa dirinya lebih mulia, pasangannya lebih hina.


Jika demikian, manakah ada cinta? Cinta itu ibarat dua tangan yang saling bersentuhan. T

idak ada tangan yang lebih bersih. Dengan bersentuhan, keduanya saling membersihkan.

Tetapi ‘tangan’ yang ego, tidak mahu bersentuhan… Konon takut dikotorkan oleh tangan yang lain!

Bila berbeza pandangan, pandangannya sahaja yang benar. Kau isteri, aku suami. Aku ketua, kau pengikut. Aku putuskan, kau ikut saja. Jangan cuba menentang. Menentang ertinya dayus. Maka terkapa-kapalah sang isteri tanpa boleh bersuara lagi. Sedikit cakap, sudah dibentak. Senyap-senyap, isteri menyimpan dendam. Suami ‘disabotaj’nya dalam diam. Tegur suami, dijawabnya acuh tak acuh. Senyumnya jadi tawar dan hambar. Perlahan-lahan, jarak hati semakin jauh. Cinta semakin rapuh.


Ada pula isteri yang ego. Heroin sudah mengaku hero. Suami dicaturnya satu-satu. Tidak jarang meninggikan suara. Silap suami yang sedikit didera dengan rajuknya yang panjang. Anak-anak dibiarkan. Dapur berselerak. Pinggan mangkuk tidak dibasuh. Kain baju sengaja disepah-sepahkan. Rasakan akibat menentang aku. Mengaku salah tidak sekali. Minta maaf? Pantang sekali!

Ego si suami selalunya terserlah. Boleh dilihat daripada jegilan mata dan suara yang meninggi. Mungkin pintu dihempaskan dengan kuat atau hon kereta ditekan bertalu-talu. Atau boleh jadi diherdik siisteri di hadapan anak-anak atau isteri diperleceh di hadapan saudara mara atau tetamu yang datang. Bila ramai yang datang bertandang itulah masa sisuami yang ego ini menunjukkan kuasa dan belangnya.

Ego siisteri terpendam. Mungkin kerana tidak ada dominasi kuasa atau keberanian, siisteri menunjukkan egonya dengan bermacam-macam-macam ragam. Daripada sengaja melaga-lagakan pinggan yang dibasuh… sehinggalah memalingkan badan dan muka ketika di tempat tidur.

Alhasil, cuaca rumah tangga menjadi muram. Rumah hanya jadi ‘house’ tidak jadi ‘home’ lagi. Tidak ada keceriaan, kehidupan dan kemanisannya lagi. Semuanya bungkam. Ya, rumah (house) dibina dengan batu, kayu dan konkrit, manakala rumah tangga (home) dibina dengan kasih sayang, cinta dan sikap saling menghormati. Tidak ada rindu yang menanti suami ketika pulang dari bekerja. Tidak ada kasih yang hendak dicurahkan oleh suami kepada isteri yang menanti di rumah. Anak-anak jadi kehairanan? Apa sudah jadi pada kedua ibu-bapa ku?

Bila ada ego di hati, cinta akan menjauh pergi. Retak akan menjadi belah. Kekadang hati keduanya merintih, mengapa jadi begini? Bukankah antara aku dan dia ada cinta? Mengapa terasa semakin jarak? Apakah yang perlu aku dan dia lakukan untuk menyemarakkan semula rasa cinta. Lalu akal berfikir, berputar-putar mencari idea. Oh, mari ulangi musim bulan madu yang lalu. Kita susuri pulau, tasik, laut atau lokasi pertemuan kita nan dulu.

Malang, cuma sebentar. Gurau, senda cuma seketika. Tidak mampu lagi memutar jarum kenangan lama dengan hati yang telah berbeza. Tidak ada lagi tarikan fizikal yang ketara. Cumbu berbaur ghairah seakan telah terlupa. Bulan madu yang cuba diperbaharui tidak menjadi… kedua hati bercakar lagi. Mereka cuba memperbaharui lokasi, tanpa memperbaharui hati. Selagi ada ego, ke mana pun tidak akan menjadi. Jika ada ego, yang wangi jadi busuk, yang manis jadi tawar, yang indah jadi hambar.

Ada juga pasangan yang hendak ‘membeli’ cinta. Ingin dibangkitkan kembali rasa cinta dengan mata benda. Nah, ini kalung emas ribuan ringgit sebagai tanda cinta ku masih pada mu, kata suami. Dan ini pula cincin berlian untuk memperbaharui kemesraan kita, balas siisteri. Masing-masing bertukar hadiah. Semoga dengan barang-barang berharga itu akan kembalilah cinta. Namun sayang sekali, sinar emas, cahaya berlian, tidak juga menggamit datangnya cinta. Cinta diundang oleh nur yang ada di hati. Nur itu tidak akan ada selagi ego masih ada di jiwa.

Susurilah cinta yang hilang di jalan iman. Buanglah kerikil ego yang menghalang. Ego hanya membina tembok pemisah di antara dua hati walaupun fizikal masih hidup sebumbung. Mungkin di khalayak ramai, masih tersenyum dan mampu ‘menyamar’ sebagai pasangan yang ideal tetapi hati masing-masing TST (tahu sama tahu) yang kemesraan sudah tiada lagi.

Pasangan yang begitu, boleh menipu orang lain. Namun, mampukah mereka menipu diri sendiri? Yang retak akhirnya terbelah. Penceraian berlaku. Mereka berpisah. Masyarakat yang melihat dari jauh pelik, mengapa begitu mesra tiba-tiba berpisah? Tidak ada kilat, tidak ada guruh, tiba-tiba ribut melanda. Oh, mereka tertipu. Perpaduan yang mereka lihat selama ini hanyalah lakonan. Allah membongkar rahsia ini menerusi firman-Nya:
“Kamu lihat sahaja mereka bersatu tetapi hati mereka berpecah.”

Carilah di mana Allah di dalam rumah tangga mu. Apakah Allah masih dibesarkan dalam solat yang kau dirikan bersama ahli keluarga mu? Apakah sudah lama rumah mu menjadi pusara akibat kegersangan zikir dan bacaan Al Quran? Apakah sudah luput majlis tazkirah dan tarbiah yang menjadi tonggak dalam rumah tangga? Di mana pesan-pesan iman dan wasiat taqwa yang menjadi penawar ujian kebosanan, kejemuan dan keletihan menongkah arus ujian?
Penyakit ego menimpa apabila hati sudah tidak terasa lagi kebesaran Allah. Orang yang ego hanya melihat kebesaran dirinya lalu memandang hina pasangannya. Hati yang ego itu mesti dibasuh kembali dengan rasa bertauhid menerusi ibadah-ibadah khusus – solat, membaca Al Quran, berzikir, bersedekah – dan paling penting majlis ilmu jangan diabaikan.

Firman Allah:
Dan berilah peringatan. Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang mukmin.”
Sedangkan orang mukmin pun perlu diperingatkan, apatah lagi kita yang belum mukmin? Iman itu seperti mana yang dimaksudkan hadis, boleh menambah dan mengurang. Untuk memastikan ia sentiasa bertahan malah bertambah, hati perlu berterusan bermujahadah. Lawan hawa nafsu yang mengajak kepada ketakburan dengan mengingatkan bahawa Allah benci kepada orang yang takbur walaupun sasaran takbur itu suami atau isteri sendiri.

Bila terasa bersalah, jangan malu mengaku salah.

Segeranya mengakuinya dan hulurkan kata meminta maaf. Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Begitulah suami yang meminta maaf kepada isterinya.

Dia tidak akan hilang kewibawaannya bahkan bertambah tinggi. Bukankah orang yang merendahkan diri akan ditinggikan Allah derjat dan martabatnya? Justeru, lunturkan ego diri dengan membiasakan diri meminta maaf. Tidak kira ketika kita rasa kita benar, lebih-lebih lagi apabila terasa kita yang bersalah.

Namun, lelaki yang tewas ialah lelaki yang sukar mengaku salah. Dia sentiasa tidak ingin mengalah. Pada ketika itu dia telah memiliki salah satu dari tiga ciri takbur yakni menolak kebenaran. Akuilah kebenaran walaupun kebenaran itu berada di pihak isteri. Tunduk kepada kebenaran ertinya tunduk kepada Allah. Jangan bimbang takut-takut dikatakan orang takutkan isteri. Kita takutkan Allah. Allah benci orang yang takbur.

Begitu juga isteri. Jika sudah terbukti salah, akui sahajalah. Dalam pertelagahan antara suami dan isteri, apakah penting siapa yang menang, siapa yang kalah? Kita berada di dalam gelanggang rumah tangga bukan berada di ruang mahkamah. Kesalahan suami adalah kesalahan kita juga dan begitulah sebaliknya. Rumah tangga wadah untuk berkongsi segala. Perkahwinan satu perkongsian, bukan satu persaingan. Kalau kita menang pun apa gunanya? Padahal, kita akan terus hidup bersama, tidur sebantal, berteduh di bawah bumbung yang sama.

Mujahadahlah sekuat-kuatnya menentang ego. Bisikan selalu di hati, Allah cintakan orang yang merendah diri. Allah benci orang yang tinggi diri. Pandanglah pasangan kita sebagai sahabat yang paling rapat. Kita dan dia hakikatnya satu. Ya, hati kita masih dua, tetapi dengan iman ia menjadi satu. Bukan satu dari segi bilangannya, tetapi satu dari segi rasa. Sebab itu sering diungkapkan, antara makhluk dengan makhluk mesti ada Khalik yang menyatukan. Ingat, hanya dengan iman, takbur akan luntur, cinta akan subur!

Sunday, June 6, 2010

ACUTE GASTRO ENTERITIS with 5% dehydration


..salam pertemuan....alhamdulillah, kondisi kesihatan anak-anakku telah pulih 100%. setelah 6 hari kami anak beranak berkampung di wad pediatrik, akhirnya luqman dan muaz boleh discaj juga.Inilah dugaan untuk membesarkan ank-anak..macam-macam perasaan bcampur-baur smasa keadaan genting..hanya Allah tempat kami mengadu..dan menjadikan kami lebih sabar dan redho..
ianya bermula pada tarikh 26 Mei yang lalu.. daku sendiri mengalami demam yang bersuhu tinggi, 39 darjah celcius..Masa tu, pening, langsung tak boleh buka mata..sebenarnya sebelum ini sudah 2, 3 hari daku rasa kurang sihat..namun ku gagahi jua demi khidmatku sbg hamba Allah, isteri, ibu dan guru... malamnya, anakku Luqman tidur sambil memelukku erat..terdetik jua di hati..janganlah anak-anakku demam..keesokan harinya alhamdulillah..keadaanku smakin pulih.. namun pabila ku sentuh tubuh anakku luqman, si ibu dapat merasa betapa panasnya suhu tubuhnya.. luqman terjaga dan termuntah dan muntah.. cemasnya ku rasa.. alhamdulillah daku masih dalam cuti rehat, bolehla ku pantau keadaan anakku luqman.. daku semakin bimbnag, lantas ku entuh pula anakku muaz..alhamdulillah, keadaannya baik.. Pagi tu, suamiku pergi ke sekolah macam biasa, daku tinggal bersama kedua anakku..Adik Muaz yang aktif tidak banyak karenah, si abang Luqman terus muntah hingga tidak boleh bangun..ku hubungi suamiku tercinta ,lantas suamiku pulang awal dan kami pergi ke wad kecemasan hospital apabila melihatkan keadaan ankku luqman semakin serius demam dan muntahnya. Di sana anakku Luqman dimasukkan air dan kemudiaanya dibenaran pulang untuk dipantau sendiri oleh kami. Di rumah, rupanya keadaan ankku jadi semakin membimbnagkan..sekali lagi kami pergi ke wad kecemasan dan ankku dinasihatkan untuk dimasukkan ke dalam wad.. Suamiku mnjaga anakku luqman di wad malam itu kerana ankku Muaz masih memerlukan daku di rumah, apatah lagi dia masih lagi bfeeding.. Terima ksih suamiku sayang kerana bsama-sama bkorban mnjaga anakanda..
Setelah dua hari di wad.. kami bergilir2 mnjaga si luqman. pada satu ketika, abang luqman manyebut untuk bertemu dengan adik Muaznya.. ptg itu juga semasa waktu melawat, kami membawa adik Muaz untuk btemu abangnya. Abang luqman, jumpa adik..dicium , dipeluk dengan erat..sempat bergurau-gurau dengan si adik. Adik Muaz memang aktif dan kelihaan gembira bertemu si abang. Malamnya, daku pulang ke rumah bersama ankku Muaz dan tidur.. tengahmalam, daku terjaga..anakku Muaz pula demam dan asyik muntah.. sekali lagi daku diuji..sehingga pagi, ankku semakin panas walaupun telah diberi ubat dan terus muntah dan menunjukkan simptom-simptom yang sama seperti abangnya..Awal subuh.. kami mengahntar adik Muaz ke hospital yang sama dan dinasihatkan oleh dr utk juga ditahan di wad utk mndapatkan rawatan..
dan begitulah kami berempat anak beranak berkampung di wad selama seminggu. dr mendiognis anak-anak kami a .g .e ACUTE GASTRO ENTERITIS-with 5% dehydration= iaitu ada jangkitan pd perut dan usus kecil slllunya disebabkan oleh bkteria,virus. kdgkla blh masuk mlalui air /makann yg dijangkiti kuman. Berjangkit dpd abang ke adik melalui sentuhan kulit..
kami sendiri puas memikir dari mana si abang dapat virus tersebut.. Pengalaman melihat anak-anakku tak baoleh bergerak kerana dimasukkan air, diambil darah..amat meruntun hati kami ibu bapa..tak snaggup melihatnya..Alahmdulillah..akhirnya pada hari yang ke enam, anak-anakku dibenarkan pulang.. Inilah catatan pengalamn dugaan Allah bagi mematangkan dan menjaikan kami lebih tabah, sabar dan redho..hakikatnya segalanya adalah dpd Allah jua..

Friday, May 21, 2010

Duhai hati.........

Salam pertemuan wahai blogku yang sudah sekian lama tidak diupdate… Kesibukan tugas rumahtangga dan kerjaya membataskan waktu untukku menukilkan sepatah dua kata di blogku yang tersayang..
Otak yang berfikir, hati nurani yang merasa, IMAN yang membimbing perlakuan… dari qalbu-hati..zahirlah perlakuan..jika baik hati..baiklah perlakuan…
Duhai hati… yang sentiasa berbolak balik… semoga sentiasa ditetapkan di jalanMu ya Allah.. godaan duniawi, kesibukan tugas sedikit sebanyak mempengaruhi hatiku yang iman yang teramat nipis ini…
Kadangkala daku terkesima sendiri.. memikirkan pembahagian tanggungjawabku sebagai seorang suri yang bekerjaya.. tuntutan tugas di tempat kerja baru..kira-kira setahun yang lalu, membuatkan jadual harianku dan tugas kerjayaku semakin mencabar.. Terus –terang ku nyatakan pada mulanya daku seakan merasai tekanan dek tanggungjawab kerjaya yang lebih mencabar berbanding dahulu.. kerjayaku di tempat baru sebagai salah seorang guru harapan untuk mengekalkan pencapaian prestasi daerah.. dek pengalaman yang setahun jagung cuma, daku di’anugerahkan’ tugas yang extra daripada biasa…daku sedar.. ku terima dengan redho dan ikhlaskan diri seikhlasnya demi anak bangsa..yang penting kerana Allah jua…
Rumahtangga yang didirikan bersama insan yang dicintai juga perlu diberikan perhatian yang sewajarnya kerana daku ingin menjadi ibu, isteri yang solehah yang semoga dapat menemani suamiku di syurga Allah kelak, insya Allah..amiin..
Daku kan berusaha sedaya upayaku untuk melaksanakan tanggungjawabku sebagai seorang suri baiti jannati.. kadangkala 1001 perasaan apabila melihat suamiku tercinta bekorban membantuku menguruskan anak-anak semasa ketiadaanku dan semasa kesibukanku..Terlalu banyak pengorbanan suamiku..bersabar, bertolak-ansur, melayani sakit peningku, luahan ‘stress’ku, dan paling besar..membantuku dalam urusan rumahtangga dan menasihatiku apabila ku lalai terleka..
Anak-anakku, Luqman dan Muaz yang amat kukasihi… yang sering kutinggalkan dek tuntutan kerjaya, semoga kalian menjadi anak2 yang soleh.. Alhamdulillah, dikurniakan cahayamata yang sihat sempurna dan tidak banyak karenah.. semoga menjadi aset berharga ibu dan abah di dunia apatah lagi di akhirat..amiin.
Suamiku tercinta..terima kasih atas cintamu, kasih-sayangmu padaku dan anak-anak, didikanmu dan pengorbananku..hanya Allah yang mampu membalasnya…semoga cinta kita kekal hingga ke syurga Ilahi…amiin ya rabb…
Ku cuba dan akan ku terus mencuba untuk menjadi yang terbaik untuk kalian..walaupun tidak sempurna..insya Allah..

Thursday, April 15, 2010

FOR THE REST OF MY LIFE


I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along

And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever ¦I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my WIFE and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

I know that deep in my heart..

~ MAHER ZAIN ~
http://www.youtube.com/watch?v=w5IaWi98ZQ0

ulangtahun kelahiranku...

..ulangtahun kelahiran suamiku tercinta...




~ smg suamiku tercinta dilindungi dan di bawah limpahan kasih sayang Allah sentiasa di dunia akhirat..amiin.. ~

ulangtahun perkahwinan kami...14 mac ..




~ya Allah..rahmati dan peliharalah kasih kami sekeluarga..amiin...

Monday, February 15, 2010

DUHAI SUAMI..DUHAI ISTERI...


Apabila seorang lelaki dan wanita melangkah ke alam perkahwinan, setiap mereka membayangkan kebahagiaan ada di depan sana, kerana CINTA mereka telah
Setelah cita-cita untuk berkahwin tercapai, ia bukan la menjamin kebahagiaan seseorang.

Sebaik selesai diijabqabulkan, di sini bermula ‘cabaran-dugaan-masalah’.
Bagaimana menjaga sensitiviti pasangan masing-masing, mertua, tanggungjawab, ekonomi dan seribu satu macam masalah lagi...


Jangan menafikan ini semua!

Hanya pasangan yang tabah, sabar, berwawasan dan yakin sahaja sanggup menghadapi dugaan serta masalah tersebut dan akan terus melayari bahtera mereka hingga ke akhir hayat...
Tidak kurang juga pasangan yang kecundang, karam dan lemas...
Ini disebabkan kelemahan jiwa mereka...

Di saat itu, mereka memerlukan orang ketiga sebagai penasihat...
Dan berhati-hatilah mencari penasihat, kerana TERkadang, penasihat juga boleh menjerumuskan ke arah kehancuran rumahtangga tersebut.
Jangan ambil penasihat yang berciri BATU ASAH...

Pendapat soul, (serlahkan pendapat anda juga), ‘ perkahwinan itu sendiri’ “mengambil masa” untuk ‘proses penyesuaian’ antara lelaki dan wanita.’
Selagi kita tidak tinggal sebumbung, jangan sesekali kita katakan kita sudah cukup kenal seseorang...

Sesetengah orang berpendapat, mereka perlu mengenali pasangan mereka sebelum menikah...Dengan kata lain "bercinta dulu..."
Ada yang berjaya dan ada yang masih gagal mengenali pasangan mereka.

Ada perkahwinan yang terjadi tanpa pernah berlaku pertemuan atau perkenalan...
Ada yang berjaya dan ada juga yang gagal...

Kebahagiaan sesebuah mahligai, tidak datang menggolek...
Kebahagiaan rumahtangga perlu dipupuk...

Semuanya terletak kepada ANDA, ‘suami dan isteri’, bagaimana mengemudikan bahtera rumahtangga tersebut…

Setiap pasangan meng’impi’kan pasangan yang akan memenuhi naluri atau impian mereka.

"Sebelum aku melangkah ke gerbang perkahwinan, aku meng’angan’kan suami yang BERIMAN, (bagiku, kalau dah beriman yang lain-lain akan lahir la, bertanggungjawab, sabar, pengasih, timbang rasa, tolak-ansur, persefahaman, cemburu dan jenaka.)
Sebaik cincin disarung ke jarimanisku, ingin saja aku berbisik kepadanya,

“Abang, andai abang impikan mahligai kita bahagia, semaikan keiman kepadaku dan anak-anak, bajai dengan kasih sayang, siramilah dengan persefahaman, belailah dengan tolak-ansur, renjiskan sedikit api cemburumu dan gemburkan dengan jenakamu...”

Tapi sayang, aku tidak berpeluang berbuat demikian...
Membentuk keluarga bahagia bukan la semudah kita melafazkan, “ Aku mahu keluarga bahagia.”


Sesiapa sahaja menginginkan keluarga bahagia. Tahukah kalian, rumahtangga bahagia ‘tidak ujud’ hanya dengan kata-kata...
Ia memerlukan kesabaran, usaha dan yang paling utama pengorbanan...
Pengorbanan suami-isteri ke arah itu...

Kesungguhan suami-isteri membentuk keluarga bahagia memerlukan ilmu (teori).
Ilmu bukan setakat teori sahaja, tetapi untuk di praktikkan!

“Rata-rata kita lihat lebih teori dari praktikal”

Rumahtangga bahagia, keluarga harmoni adalah cita-cita aku dan aku ingin merealisasikan sampai bila-bila...kerana aku berpendapat, keharmonian itu bermula dari rumah...
“Rumahku, Syurgaku.”

Kekadang kaum wanita terpaksa beraksi pelbagai cara, kekadang bersopan-santun, kekadang tunjukkan ketegasan..

Ingatlah perpatah ini “ LEMBUT WANITA BUKAN UNTUK DIPULAS...”

Kalau terpaksa berkeras, jadi la sekeras waja, kerana waja itu masih boleh di tempa...
Jangan kau jadi sekeras batu…kerana batu tidak mudah untuk dibentuk...
Ada masa kau perlu menunjukkan PENDIRIANmu...

Kebanyakan lelaki dambakan wanita ‘cerdik’...
Cerdik bukan hanya kerana ijazahnya kelas pertama..tetapi cerdik untuk menguruskan hal ehwal pentadbiran rumahtangga...
Cerdik dalam membuat keputusan bila suami dalam kebuntuan...
Cerdik mendidik anak-anak,
Cerdik dalam ‘argument’ dan lojik….
Jangan hanya jadi ‘pak turut’…

Wanita pula dambakan lelaki yang ‘ alert’...
Jangan setelah melakukan kesilapan baru mengaku TERsilap...
Lelaki hendaklah cekap dalam menangani masalah...
Jangan biarkan masalah menjadi ‘api dalam sekam...’
Bila parah, baru hendak bertindak...Saat itu mungkin sudah TERlambat, kerana ‘sekam’ telah menjadi abu dan tidak dapat diperbetulkan lagi keadaan...

Wahai wanita yang dipanggil isteri, taatlah suamimu selagi dia tidak menyekutui Allah dan RasulNya...
Wahai lelaki yang dipanggil suami, jangan engkau menyusahkan isterimu, selagi isterimu tidak menderhaka kepadamu, Allah dan RasulNya...

‘Beriman dan bertanggungjawab’ memainkan peranan yang penting dalam rumahtangga...
Dan, jangan sesekali menuntut “suami” sahaja, atau “isteri” sahaja memainkan peranan...
Sebenarnya, peranan itu untuk kedua-dua pihak..."suami-isteri.”

Itu la taarif “perkongsian hidup”...Peranan kedua-dua.
”Kongsi kasihsayang, tanggungjawab, kesetiaan dan seribu macam yang berkaitan dengan hubungan kedua insan yang bernama ‘suami dan isteri...’

‘Teori’ jangan hanya untuk mencari kelemahan pasangan kita...
TETAPI kedua-dua pihak WAJIB menunjukkan keIMANan dan TANGGUNGJAWAB masing-masing...
(‘menunjukkan’ di sini bukan bermaksud untuk dibangga-banggakan TETAPI sebagai AMALAN -PRAKTIKAL)

Contohnya: Jika suami leka menonton bola dan melambatkan sembahyang. Isteri WAJIB beri peringatan...
Begitu la sebaliknya jika isteri pula leka...

Aku ingin berpesan kepada wanita, sebagai isteri, jangan sesekali gentar atau takut untuk memperingati KELALAIAN suami...
Biar dia marah kita, katakan, ‘Allah lebih marah perbuatanmu...’
Dan, katakan ‘kita hanya takut kepada kemurkaan Allah...’
Jika suami itu seorang yang beriman, pasti dia akan tersedar dan ber’terima kasih’ kerana menyedarkanya dari kelalaian itu...
Tetapi kalau suami yang ego, pasti terdapat bantahan...Biarkan dia berbantah...
Sekurang-kurangnya, tanggungjawab kita sebagai isteri untuk memberi peringatan telah kita laksanakan...

Sabda Rasulullah SAW:
“Wahai suami, didiklah isteri dan anak-anakmu, kerana semua itu dibawah pimpinanmu dan di akhirat nanti, engkau akan dipersoal terhadap kepimpinanmu…”

Suami dan isteri adalah watak utama dalam pentas rumahtangga dan mereka perlu “berganding bahu” dengan utuh untuk membentuk ‘keluarga bahagia...’
Jangan sesekali ‘suami’ menunding kepada ‘isteri’ atau ‘isteri’ menunding kepada ‘suami’ bila berlaku atau terjadi kesilapan dan kelalaian, kerana jika salah seorang mereka ‘sedar’ terjadi kelalaian tersebut, kenapa tidak ‘diberi peringatan’ kepada pasangan kita?

Manusia sentiasa alpa...
Di sini ilmu amat penting...
Didik dengan lemah-lembut, tetapi ‘tegas’ atau ’keraskan’ suaramu jika terdapat KEDEGILAN di situ...
Jangan biarkan ‘dia’ mempermainkan perintah Allah SWT!
Alam perkahwinan itu ‘amat manis’...semanis berbulan madu, tetapi menjadi ‘amat pahit’...sepahit hempedu, jika pasangan tidak memainkan peranan yang sepatutnya seperti Allah telah tetapkan dan dipratikkan oleh RasulNya...

Kita tidak mungkin menjadi isteri/ibu, suami/ayah yang ‘perfect’...tetapi memadai, “tanggungjawab” kita tunaikan sebaik mungkin untuk pasangan kita dan anak-anak...
Cuba tunaikan HAK pasangan kita pun dah cukup..HAK isteri dan HAK suami...

Dan pesanan terakhir, “Jangan biarkan pasangan anda tidur sebelum berdamai, kerana tidur dalam keadaan perasaan TERTEKAN begitu tidak merehatkan rohani dan jasmani…dan lagi, bimbang kekalau di taqdirkan Allah...pasangan anda meninggal dalam tidur...kot-kot anda menghadapi tekanan jiwa yang teruk pulak...”
"

Sunday, February 14, 2010

LA TAHZAN..jangan bersedih , sayang..


Perasaan adalah satu anugerah Allah yang sangat bernilai dan halus sekali pada setiap manusia. Ia juga disebut emosi. Merasa cenderung kepada jantina berlawanan jenis juga satu anugerah demi kelangsungan generasi manusia (Kalau tidak, alamatnya…setakat Adam dan Hawa ajelah yang memakmurkan bumi).

Pelbagai cara manusia mahu menunaikan tuntutan fitrah ini. Ada yang berkawan dahulu, bercinta tidak kiralah ‘cinta monyet’ ke atau ‘cinta kucing’ atau ‘cinta murni’ dan lain-lain. Sudah tentu cinta terbaik atau cara meluahkan kasih sayang antara lelaki dan perempuan ini ialah apa yang telah digariskan oleh Allah swt melalui syariat Islam.

Merisik, bertunang seterusnya berkahwin tanpa ber’couple’ adalah cinta yang berkualiti dari segi metodnya. Isinya belum tentu. Ia bergantung bagaimana cara kita mengisi cinta tersebut. Kalau diisi dengan sampah atau duri, kotor dan menyakitkanlah cinta tersebut. Jika ia dipupuk dan dibaja dengan pelbagai resepi Nabi s.a.w dalam melayarinya, nescaya bahagia dan hidup semakin tenang. Oh ya, saya tidak bermaksud memperincikan hal tersebut di sini. Ia hanya mukaddimah kepada tajuk tulisan ini.

Cinta Kucing

Sebelum saya bercerita lebih lanjut, mungkin ada yang ingin tahu apa itu ‘cinta kucing’. Ia istilah ciptaan saya untuk memberi gambaran kepada fenomena ‘cinta’ baru di kalangan generasi muda hari ini. Saya maksudkan generasi muda hari ini yang begitu mudah melakukan seks sekalipun baru mengenali antara satu sama lain. Juga mereka yang ber’couple’ (bercinta) dahulu kemudian berzina tanpa perlu melalui akad yang mengikat cinta dan tanggungjawab. Tanpa mengira lelaki atau perempuan, maruah mereka senilai dengan kucing. Mudah jinak dan mudah menyerah.

Oh ya… usah stereotype dengan istilah ‘mudah menyerah’ itu pada perempuan sahaja. Lelaki yang berzina sama murah dengan pasangannya. Cuma perempuan mudah kelihatan ‘murah dirinya’ bila perut memboyot . Lelaki tidak begitu. Atas dunia bolehlah lepas. Akhirat kelak, confirm tak lepas jika tidak bertaubat.

Dari aspek peruntukan hudud juga, mereka menanggung hukuman yang sama. Kalau belum pernah berkahwin, hukuman sebat 100 rotan. Jika sudah atau pernah berkahwin, hukuman direjam sampai mati. Sama, bukan? Itulah keadilan Allah swt!

Hmm…demikianlah definisi tentang ‘cinta kucing’.

Bertunang, putus… Berkahwin pula diceraikan…Atau pasangan meninggal dunia


Ramai antara kita mempunyai pengalaman bertunang kemudian diputuskan tali pertunangan itu tanpa rasional yang munasabah. Ramai juga yang sudah berkahwin pula diceraikan tanpa sebab yang lojik. Dalam perkataan lain, kes sebegini termasuk kes penganiayaan sesama manusia. Ia tidak menjadi aniaya jika sesuatu keputusan disandarkan kepada hujjah atau alasan syarak.

Ada yang berseorangan apabila pasangan terlebih dahulu menyahut seruan Ilahi. Sekali lagi saya ulangi, tanpa mengira lelaki atau perempuan, apa yang bakal saya paparkan adalah relevan untuk kedua-dua belah pihak. Bukan khusus untuk perempuan sahaja.

Kisah Ummu Salamah

Seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Abu Salamah meninggal dunia setelah pulang dari perang Uhud. Ia meninggal akibat luka parah yang dialaminya. Abu Salamah meninggalkan seorang isteri, Ummu Salamah. Ummu Salamah merasa sangat sedih. Fikiran terganggu. Ummu Salamah, seorang yang intelek tidak mahu membiarkan dirinya dirundung pilu berterusan.

Ummu Salamah sedar Muhammad bin Abdullah, insan yang paling dekat dengan Allah itu masih ada. Balu dan ibu kepada anak-anak yang kematian ayah itu dinasihatkan oleh Nabi s.a.w berkenaan masalahnya. Nabi Muhammad s.a.w telah mengajar satu doa yang bermaksud,


“Sesungguhnya kami milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nyalah kami akan kembali. Ya Allah, berilah pahala atas musibah yang menimpaku dan berilah aku ganti yang lebih baik darinya.”

Pada waktu itu, Ummu Salamah tertanya-tanya juga siapa lagi yang lebih baik dari suaminya. Namun Ummu Salamah terus mengamalkan doa tersebut serta yakin dengan Allah yang akan memakbulkan doanya.

Beberapa sahabat Rasulullah s.a.w segera melamar Ummu Salamah. Hal ini mereka lakukan sebagai tanda hormat terhadap suaminya yang telah berkorban demi Islam. Juga untuk melindungi diri Ummu Salamah. Mereka itu termasuklah Abu Bakar as-Siddiq dan Umar bin al-Khattab , tetapi Ummu Salamah menolaknya.

Kebimbangan Ummu Salamah berhubung pengganti suaminya akhirnya terjawab tatkala dilamar oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Inilah rupanya hasil doa dan kesabarannya. Kehilangan Abu Salamah telah diganti oleh Allah dengan sebaik-baik manusia yakni Rasulullah s.aw.

Lamaran Rasulullah s.a.w itu tidak segera diterimanya. Ummu Salamah mengungkapkan kata-kata, “Sesungguhnya saya seorang wanita yang telah berusia. Saya juga memiliki anak-anak yatim dan saya seorang yang sangat cemburu. Sedangkan anda wahai Rasulullah, memiliki ramai isteri.”

Rasulullah s.a.w lalu berkata, “Adapun tentang sifat cemburu itu, maka Allah akan menghilangkannya. Adapun usia yang telah tua, sesungguhnya saya lebih tua darimu. Manakala anak-anak yatimmu, maka itu menjadi tanggungan Allah dan Rasul-Nya.”

Hilanglah rasa ralat di hati Ummu Salamah. Lalu diterima lamaran sebaik-baik manusia itu dengan rasa gembira. Status Ummu Salamah meningkat menjadi salah satu Ummahatul Mukminin, yang telah memberikan contoh tauladan dalam menempuh mehnah hidup.

Kisah indah ini direkodkan oleh Imam Muslim di dalam Sahihnya.

Iktibar dari Kisah Ummu Salamah

Beberapa perkara berikut adalah tip untuk mendapat ganjaran lebih baik dari Allah;

1. Sabar tatkala diceraikan atau kematian pasangan atau diputuskan pertunangan.
2. Doakan agar mereka yang menganiaya kita mendapat hidayah.
3. Jangan berdendam.
4. Mohon Allah jadikan kesedihan hati sebagai kaffarah dosa-dosa yang lalu serta beristighfarlah.
5. Elakkan mengadu sesama manusia kecuali untuk mendapatkan pandangan agama dalam masalah yang dihadapi.
6. Serahkan urusan mereka yang menganiaya (kecuali kes kematian pasangan) kepada Allah. Jangan sekali-kali cuba membalas perbuatan mereka kerana bimbang kita ter’over’ membalasnya. Cukuplah Allah sebagai hakim yang maha adil untuk mengadili kes mereka.
7. Amalkan doa Ummu Salamah seperti tertulis di atas.
8. Bersangka baik dengan Allah bahawa Allah takdirkan yang terbaik untuk kita dengan menjauhkan sesuatu yang akan lebih menyusahkan diri kita di masa-masa akan datang. Dalam masa yang sama, sebenarnya Allah mahu beri sesuatu yang lebih baik untuk kita. Dalam tempoh diuji, Allah mahu menilai tahap sabar, pasrah kita padaNya dan akhlak kita sesama manusia. Bila kita dapat melepasi pra-syarat tersebut, insya Allah, Allah akan gantikan pasangan yang lebih baik dari yang telah hilang.
9. Jangan putus asa dari rahmat Allah.
Doa Ummu Salamah itulah hiburan bagi mereka yang ditimpa musibah ini. Hiburan terindah ialah tatkala melihat di alam realiti, apabila tiba saatnya Allah menunaikan doa tersebut. Sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janjiNya. Yakinilah…




*** Mereka yang melanggar batasan Allah dalam mencari pasangan yakni ber’couple’ tidak sesuai mengamalkan tip di atas KECUALI mereka bertaubat dan memperbaiki diri dengan meninggalkan larangan Allah. Insya Allah, mereka akan dapati Allah itu maha pengampun dan maha penyayang pada setiap hamba-hambaNya.

Maksud saya, mereka tidak akan mampu mendapatkan kekasih yang lebih baik dari kekasih yang telah pergi selagi mereka hidup dalam maksiat. Jauhi maksiat, amalkan ketaatan. Nescaya hidup diberkati Ilahi.


http://keranacinta.wordpress.com

PAYUNG EMAS UNTUK WANITA BERMADU..?


Di bawah ini luahan seorang isteri yang suaminya bernikah lagi secara sorok-sorok. Nikah pun boleh main ‘nyorok-nyorok’ juga. Aduh… di mana kejantanan seorang lelaki jika dengan seorang isteri pun takut. Namun itulah yang banyak berlaku dalam masyarakat hari ini. Akibatnya poligami dipandang serong kerana perlaksanaannya yang agak menyerong.

Objektif poligami sebagai salah satu mekanisme mengatasi masalah sosial juga tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

“Bukan takut, tapi mahu jaga hati isteri…”

Mungkin ini alasan popular untuk menjustifikasi satu tindakan yang tidak begitu ‘gentleman’.

Oleh kerana sikap tidak ‘gentleman’ ini, seorang isteri kedua menuntut fasakh dari suaminya.

Apabila seorang suami mahu ‘main sorok-sorok’ berterusan, implikasinya ialah isteri kedua tidak mendapat giliran yang adil. Bukan itu sahaja, si suami juga cuai dalam memberi nafkah.

“Sabarlah sayang… Abang tunggu masa yang sesuai untuk beritahu kakak”.

“Abang janji dalam tempoh 3 bulan untuk beritahu ‘kakak’. Sekarang sudah 12 bulan, Abang masih takut berterus terang. Kalau begitu, biar saya beritahu sendiri bahawa saya juga isteri kepada Abang”.

“Sayang, janganlah begitu. Abang bimbang ‘kakak’ mengambil tindakan yang bukan-bukan nanti…”.

Pelbagai alasan diberi si suami. Akhirnya isteri kedua menuntut fasakh.

Bila begini akhir sebuah perkahwinan, maka poligami tidak menjadi usaha menyelamatkan golongan armalah, sebaliknya menambahkan lagi status janda di kalangan wanita.

Jika tidak dapat berlaku adil, maka bernikahlah seorang sahaja. Itulah pesanan Allah sejak awal-awal lagi.

Jika takut dilambung ombak, usah berumah di tepi pantai.

Sudahkah Allah dibawa berbincang sebelum bernikah lagi? Jika mahu tahu kemampuan berlaku adil atau tidak, tanya Allah dulu melalui istikharah dan berbincang dengan mereka yang arif.

Poligami adalah medan untuk memimpin dengan adil antara isteri-isteri. Jika berlaku aniaya kepada mana-mana isteri, maka isteri berhak keluar dari wilayah yang zalim tersebut. Carilah keadilan dari Yang Maha Adil yakni Allah. Wakil Allah di muka bumi ialah qadhi dan hakim yang menunaikan amanah.

Usah biarkan diri dianiayai kerana Allah jadikan kita sebagai insan merdeka dan mengharamkan kezaliman sesama kita.

Jika kita sendiri pernah menganiaya, maka anggaplah ia sebagai kaffarah dosa. Salah satu bentuk isteri menganiaya suami ialah menolak ajakan suami melakukan hubungan intim atau tidak berhias di hadapan suami.

Nabi s.a.w berpesan agar mewar-warkan perkahwinan.

Anas r.a. melaporkan: Tatkala Rasulullah s.a.w melihat tanda inai pada Abdul Rahman bin ‘Auf, beliau bertanya, “Apa ini?”

Abdul Rahman menjawab,”Saya telah menikahi seorang wanita dengan mas kahwin emas seberat biji kurma. Maka Rasulullah s.a.w mendoakan Abdul Rahman,


“Moga-moga Allah memberkati kamu! Adakanlah walimah walau dengan seekor kambing”.


Bab menambah isteri, cepat sahaja si suami menjawab, “Ini hukum Allah. Ini sunnah …” dan bla..bla.. berbuih mulut ingat syariat dan ingat Nabi s.a.w. Kenapa masa mahu bernikah lagi, tidak war-warkan pada isteri dan ahli keluarga yang lain.

Rasulullah mengamalkan perbincangan dengan isteri-isteri, kenapa sunnah berbincang dengan isteri ini tidak dituruti?

Jika benar mahu ikut sunnah Nabi, ikut semua; menundukkan pandangan, tidak ber’sms’ dengan wanita ajnabi tanpa urusan mustahak, tidak ber’couple’, membantu isteri di rumah, mendidik isteri dengan kelembutan dan ketegasan, bermesra dengan anak-anak, solat jemaah di masjid, solat tahajjud, berjuang di jalan Allah, menegakkan politik Islam, melaksana undang-undang Islam dan banyak lagi.

Kenapa memilih-milih dalam menurut sunnah Nabi s.a.w?

Seseorang yang baik niatnya dan betul caranya, biasanya tidak akan takut pada manusia sekelilingnya dan sanggup berdepan dengan risiko. Jika berlaku sebaliknya, maka ada perkara yang perlu diwaspada. Ia menzahirkan ‘jiwa kecil’ si suami yang berangan-angan besar.

Jika lelaki mahu menegakkan hak dirinya bernikah ramai yang hukum asalnya harus, maka mereka harus sedar hak-hak ALlah yang lebih besar terhadap diri mereka bertaraf wajib yakni menyuruh ummat berbuat maaruf dan mencegah dari kemungkaran.

Untuk kes seperti di bawah ini, menjadi tanggungjawab suami memohon kepada Allah agar dikurangkan sifat cemburu si isteri. Pimpinan berbentuk spiritual begini amat-amat berharga buat seorang isteri yang mempunyai 9 emosi dan 1 rasional. Suami juga harus memohon maaf kerana tidak cuba bikin apa yang dicakapkan, “hanya awak di hati saya”. Berbohong dan tidak menepati janji merupakan salah satu sifat munafik. Bab bercakap sahaja, si suami telah gagal menurut sunnah Nabi s.a.w yang terkenal sebagai seorang yang bercakap benar walaupun semasa bergurau.

Jika akhlak Rasulullah s.aw tidak menjadi ikutan, maka dengan akhlak siapa mahu dipimpin isteri-isteri?


Lamaran Rasulullah s.a.w itu tidak segera diterimanya. Ummu Salamah mengungkapkan kata-kata, “Sesungguhnya saya seorang wanita yang telah berusia. Saya juga memiliki anak-anak yatim dan saya seorang yang sangat cemburu. Sedangkan anda wahai Rasulullah, memiliki ramai isteri.”

Rasulullah s.a.w lalu berkata, “Adapun tentang sifat cemburu itu, maka Allah akan menghilangkannya. Adapun usia yang telah tua, sesungguhnya saya lebih tua darimu. Manakala anak-anak yatimmu, maka itu menjadi tanggungan Allah dan Rasul-Nya.”

Melalui kisah ini, dapat dilihat bahawa Rasulullah berdoa kepada Allah agar Ummu Salamah dihilangkan sifat cemburunya. Rasulullah memainkan peranan sebagai pemimpin akal, emosi dan spiritual isteri-isterinya.

Rasulullah tidak cepat menggunakan rasional, “ini hukum Allah” tanpa cuba memahami apa yang dibimbangkan oleh Ummu Salamah.

Rasulullah fokus kepada ‘point’ yang disebutkan oleh Ummu Salamah yakni tentang usianya, anak-anaknya dan sifat cemburunya.

*********************

Luahan Hati Seorang Isteri

Amat berat untuk saya menerima hakikat suami saya telah berkahwin lagi. Apalagi dia berkahwin tanpa pengetahuan saya selama 9 bulan. Jika sebelum ini saya selalu mendengar suami saya berkata ” hanya awak di hati saya”, kata-kata manis itu tak mungkin lagi dapat saya dengar dari mulutnya kerana saya dan dia tahu, ianya tidak lagi benar. Saya rasakan sebahagian dari nikmat bersuami sudah hilang. Setiap sentuhan suami tidak lagi eksklusif kerana dia juga menyentuh perempuan lain. Saya tidak bermaksud untuk melawan takdir, tapi kekecewaan dan kesedihan sukar digambarkan. Hidup bermadu memerlukan pengorbanan dan kesabaran yg amat tinggi. Jika tidak, tak mungkin Tuhan menjanjikan payung emas. Saya tidak yakin saya mampu melakukannya. jika saya mampu, alhamdulillah, saya adalah manusia yg amat beruntung. Tapi jika saya tidak mampu untuk menangani perasaan cemburu, saya khuatir hati saya akan amat tersiksa.

SS



Terima kasih atas perkongsian. Saya dapat memahami apa yang diluahkan kerana saya juga perempuan dan seorang isteri. Setiap pengorbanan dan kepahitan hidup pasti ada ganjaran namun idea payung emas tidak terdapat dalam mana-mana nas Quran atau hadis. Saya tidak tahu bagaimana ia bermula. Mungkin ia direka oleh suami yang mahu memujuk isterinya. Wallahua’lam.



Jika ada sesiapa yang pernah menemui hadis tentangPayung Emas’ ini, bolehlah maklumkan kepada saya.

Jawapan:


Apa pun, ganjaran pahala bagi mereka yang sabar menghadapi ujian banyak termaktub di dalam al-Quran atau hadis. Ia tidak khusus untuk kes wanita yang dimadukan sahaja. Bahkan bagi suami-suami yang sabar berhadapan dengan kerenah isteri-isterinya.



Antaranya ialah ayat 96 dari Surah al-Nahl,

مَا عِندَكُمْ يَنفَدُ وَمَا عِندَ اللّهِ بَاقٍ وَلَنَجْزِيَنَّ الَّذِينَ صَبَرُواْ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ
(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.



Buat diri SS, saya doakan saudari sentiasa diberi kekuatan oleh Allah dan tenang selalu. Fikir yang positif dan lihat masa hadapan. Allah tidak bebankan sesuatu melainkan menurut kemampuan hamba-hambaNya. Saudari seorang yang hebat sebenarnya. Justeru Allah memilih saudari untuk berdepan dengan situasi yang ditakuti ramai wanita.

وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى.وَأَنَّ سَعْيَهُ سَوْفَ يُرَى.ثُمَّ يُجْزَاهُ الْجَزَاء الْأَوْفَى
Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya. Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada hari kiamat kelak). Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna.

Al-Najm: 39-41

Dikirim oleh ummuabbas dalam Gadisku, Islamika, Rasulullah Sayang Kamu...






http://keranacinta.wordpress.com/

CINTA ITU BUKAN TUHAN : oleh Ustaz Pahrol Mohamad Juoi


Seorang suami pernah meluahkan rasa hatinya kepada saya. Yakni tentang gangguan perasaan yang dialaminya. Dia diusik kenangan lama apabila bertemu dengan bekas kekasihnya semula. Entah kenapa perasaan cinta mereka seakan berputik kembali.
“Kami terlalu cinta. Malangnya kami tidak ada jodoh. Kami terpaksa berpisah dan kemudiannya menemui jodoh masing-masing.”

Dia mengadu setelah hampir sepuluh tahun, tidak sangka hatinya masih berbunga cinta. Dan ajaibnya cinta, ia tidak mengenal usia. Sedangkan kini dia sudah punya dua orang anak dan kekas kekasihnya pun ada seorang anak. Masing-masing sudah punya keluarga.
“Apa masalahnya?” tanya saya seperti sukar memahaminya.
Dia kemudian mengakuinya bahawa bekas kekasihnya pun rupa-rupanya juga masih mencintainya.

Cinta bukan Tuhan, itulah jawapan pendek yang saya berikan padanya. Saya tegaskan tidak semua kehendak cinta mesti kita patuhi. Bila cinta melanggar batas-batas rasional, nilai-nilai kemanusiaan dan yang paling utama melanggar syariat, kehendaknya mesti dihentikan. Saya ingatkan kepadanya, pertimbangkanlah bagaimana nasib isteri dan anak-anaknya nanti jika kehendak cinta yang “gila” itu dipenuhi. Pergi memburu cinta yang tidak pasti, lalu meninggalkan anak-anak dan isteri yang diamanahkan Allah… Berbaloikah?

Dan yang paling utama, bagaimana pula hukum Allah yang akan dilanggar jika hubungan terlarang (haram) itu diteruskan. Mencinta isteri dan suami orang adalah haram. Curang itu khianat. Khianat itu adalah antara ciri kemunafikan. Ya, cinta memang buta, tetapi orang yang bercinta (lebih-lebih lagi orang beriman) jangan pula sampai buta mata hati untuk mengawal dan mengendalikan rasa cinta. Demi cinta sanggup berdosa? Demi cinta sanggup menempah neraka? Fikir dan zikirkanlah (ingatkanlah)!

Malangnya, begitulah realitinya kini. Cinta dimertabatkan terlalu agung dan disanjung membumbung… Demi cinta segala-galanya berani diterjah dan sanggup diredah. Tidak percaya? Bacalah masalah-masalah masyarakat yang dipaparkan di dada akhbar atau majalah. Isteri jatuh cinta pada suami orang. Suami jatuh cinta kepada wanita lain dan rela meminggirkan isteri sendiri. Bila ditanya kenapa? Kebanyakannya menjawab, “apa boleh buat, kami sudah jatuh cinta!”

Inilah gara-gara dan bahananya menonton filem cinta versi Bollywood, Hollywood atau filem-filem “yang sewaktu dengannya”. Inilah impak lagu-lagu cinta yang menyumbat telinga dan menyempitkan jiwa. Secara tidak sedar filem-filem dan lagu-lagu itu telah menawan “akal bawah sedar” sesetengah masyarakat, bukan sahaja remaja, bahkan “retua” hingga sanggup menobatkan cinta sebagai Tuhan dalam kehidupan.

Lihat sahaja bagaimana hero dan heroin dalam filem-filem tersebut sanggup melepasi apa jua halangan demi penyatuan cinta mereka. Pengorbanan demi cinta disanjung dan dipuja walaupun jelas melanggar tatasusila dalam beragama. Kerap kali ibu-bapa dipinggirkan, kononnya kerana menghalang kehendak cinta. Apa sahaja plot dan klimaks cerita, cinta akan dimenangkan. Seolah-olah tujuan hidup manusia hanya semata-mata untuk cinta!
Mari kita renung sejenak. Cuba tanyakan siapakah yang mengurniakan rasa cinta di dalam hati setiap manusia? Tentu sahaja jawabnya ialah Allah. Allah mencipta manusia, hati, akal dan perasaannya. Cinta itu fitrah yang dikurniakan Allah pada setiap hati. Lalu kita tanyakan lagi untuk apakah Allah berikan naluri cinta ini?

Untuk mengetahui apa tujuan cinta kita perlu kembali kepada persoalan asas, untuk apa manusia dijadikan? Ini adalah kerana semua yang diberikan Allah kepada manusia adalah untuk memudahkan manusia menjalankan tujuan ia diciptakan oleh Allah. Apakah tujuan Allah menciptakan manusia? Tidak lain, hanya untuk menjadi hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini.

Ini ditegaskan sendiri oleh Allah melalui firman-Nya:
“Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menjadi hamba (beribadah) kepada-Ku.”Al Dhariyat 51: 56
Dan Allah menegaskan lagi:
“Kami jadikan di muka bumi manusia sebagai khalifah.”
Dua tujuan penciptaan manusia ini adalah amanah yang sangat berat. Allah menegaskan lagi:
“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung, namun semuanya enggan memikul amanat itu kerana mereka khuatir mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu tersangat zalim dan jahil.” Al Ahzab 72

Sebagai hamba Allah, manusia perlu mengabdikan dirinya kepada Allah setiap masa, ketika dan di mana sahaja. Ia perlu menjadi manusia yang baik melalui ibadah-ibadah fardu Ain yang diwajibkan secara personel oleh Allah ke atas dirinya. Dan sebagai khalifah di muka bumi, manusia perlu mengurus, mentadbir dan memakmurkan muka bumi ini berpandukan hukum-hakam Allah s.w.t. Ini adalah tanggung-jawab yang berat dan memerlukan penyertaan orang lain bersama-sama untuk dilaksanakan. Kebanyakannya amalan berbentuk fardu kifayah ini memerlukan tenaga jemaah.

Allah swt Maha Mengetahui akan kelemahan manusia. Dua tujuan yang besar penciptaan manusia itu tidak boleh dipikul secara bersendirian. Justeru, awal-awal lagi manusia ujud secara “co-existance” (ujud secara bersama). Kebersamaan ini sangat perlu untuk memberi kekuatan bagi memikul tujuan hidup yang sangat besar dan berat itu. Dan titik awal perpaduan antara seorang manusia dengan seorang manusia yang lain ialah hubungan suami-isteri yang membentuk sebuah keluarga.

Keluarga adalah nukleus yang pertama dalam hubungan sesama manusia. Daripada sebuah keluarga terbentuklah masyarakat, daripada penyatuan masyarakat terbentuklah daerah, negeri, negara dan akhirnya dunia kehidupan yang lebih besar dan luas. Lihatlah bagaimana segala bentuk perhubungan itu semuanya berasal daripada hubungan seorang lelaki (suami) dan seorang wanita (isteri).

Maha suci Allah yang menyatukan manusia dalam pakej-pakej perhubungan yang bernama keluarga, masyarakat, daerah, negeri, negara dan dunia antarabangsa. Semua itu untuk apa? Ya, untuk bersatu bagi menjalankan peranan mereka sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi. Tugas yang berat dan mencabar itu akan terasa lebih mudah jika dipikul bersama-sama. Tanpa hubungan dan bantuan daripada orang lain, manusia tidak akan terpikul amanah yang besar itu.

Sesungguhnya, untuk memulakan tapak asas atau benih permulaan hubungan antara manusia dengan manusia itulah Allah ciptakan rasa cinta. Allah datangkan rasa rindu, sepi dan inginkan teman di dalam hati Nabi Adam. Pada hal Nabi Adam tinggal di syurga – tempat terhimpunnya segala nikmat dan keindahan.

Namun, tanpa seorang “teman wanita”, Nabi Adam masih terasa kesepian jua. Allah jugalah yang mengurniakan rasa itu, untuk menjadi sebab terbentuk hubungan suami-isteri yang kemudiannya menjadi sebab pula lahirlah zuriat demi zuriat yang melahirkan generasi manusia.

Dan kemudian datanglah musim ujian. Cinta mereka berdua terpisah ketika “tercampak” ke alam dunia. Setelah sekian lama cinta mereka terpisah (sebagai kafarah satu kesalahan), akhirnya mereka bertemu di padang Arafah. Dan dari situlah bergabunglah jiwa, minda, perasaan dan tenaga mereka berdua untuk menjalankan peranan sebagai hamba Allah dan khalifah di dunia.

Cinta itu bukan tujuan… Cinta itu hanya jalan. Cinta itu bukan matlamat, cinta itu cuma alat. Rasa ingin mencintai dan dicintai dalam diri setiap manusia pada hakikatnya adalah untuk membolehkan manusia melaksanakan tujuan ia diciptakan. Cinta itu mengikat hati antara lelaki dengan wanita untuk sama-sama membentuk ikatan perkahwinan demi menyempurnakan agama. Justeru kerana itulah Rasulullah s.a.w telah bersabda:
“Barang siapa yang berkahwin maka sempurnalah separuh agamanya, tinggal separuh lagi untuk dilaksanakan.”

Cinta memang penting, tetapi ibadah dan menegakkan hukum Allah jauh lebih penting. Sayangnya, hakikat ini sangat jarang difahami dan dihayati oleh orang yang bercinta. Tujuan cinta sering dipinggirkan. Ibadah dan hukum Allah yang tinggi dan suci telah dipinggirkan hanya kerana cinta. Kononnya, cinta itu sangat suci dan tinggi.

Mungkin rasa seperti itulah yang berbunga di dalam jiwa si suami yang diimbau nostalgia cinta lama oleh bekas kekasihnya yang saya sebut pada awal tulisan ini. Kerana cinta, terdetik dalam hatinya untuk bersama bekas kekasih walaupun terpaksa mengorbankan anak dan isterinya. Mungkin rasa cinta itulah juga yang menyebabkan ramai wanita mengorbankan kehormatan diri kepada kekasih hati demi membuktikan ketulusan cintanya. Mungkin kerana itulah juga seorang anak sanggup berpisah dengan ibu-bapanya demi memburu cinta.

Bertuhankan cinta samalah bertuhankan hawa nafsu. Bila tujuan suci dan hakiki dipinggirkan, timbullah tujuan keji dan ilusi sebagai ganti. Sering terjadi nafsu seks dijadikan tujuan di sebalik rasa cinta. Cinta yang berbaur dengan kehendak seks inilah yang pernah dikecam oleh Al Farabi dengan katanya:
“Cinta yang berlandaskan nafsu seks adalah cinta yang diilhamkan oleh Tuhan kepada haiwan!”

Ironinya, ada yang berkata, “lelaki memberi cinta untuk mendapatkan seks. Wanita memberi seks untuk mendapatkan cinta.” Eksploitasi dan manipulasi cinta ini tidak akan memberi kebahagiaan kepada sesiapa – baik kepada lelaki mahupun kepada wanita. Lelaki yang mendapat seks dengan memperalatkan cinta, tidak akan pernah puas. Kehendak nafsu tidak terbatas dan tidak akan pernah puas. Melayani nafsu, umpama minum air laut… semakin diminum, semakin haus.
Manakala wanita yang memberi seks, kononnya untuk mendapat cinta, tidak akan mendapat cinta yang sejati. Mereka hanya akan menemui kasanova dan lelaki hidung belang yang hanya cinta sebelum dapat apa yang diidamkan, tetapi tunggulah sebaik sahaja habis manis sepahnya dibuang. Wanita-wanita malang ini bukan hanya kehilangan cinta, tetapi hilang maruah, kehormatan dan harga diri.

Letakkanlah cinta sebagai alat untuk beribadah kepada Allah. Ujudkanlah rumah tangga bahagia yang menjadi wadah tertegaknya kalimah Allah.

SYURGA RUMAHTANGGA

Binalah rumah-tangga di tapak iman
Tuluskan niat luruskanlah matlamat
Suami pemimpin arah tujuan
Isteri pembantu sepanjang jalan
Lalu mulakanlah kembara berdua
Kerana dan untuk… Allah jua

Di tapak iman dirikanlah hukum Tuhan
Iman itu tujuan Islam itu jalan
tempat merujuk segala kekusutan
tempat mencari semua penyelesaian
rumah jadi sambungan madrasah
berputiklah mawaddah…
berbuahlah rahmah

Inilah kunci kebahagiaan rumah-tangga
setia dan penyayang seorang suami
cinta dan kasih seorang isteri
Lalu berbuahlah mahmudah demi mahmudah
lahirlah zuriat yang soleh dan solehah!

PERCAYALAH..Oleh ustaz pahrol mohamad juoi


Telah ku katakan sebelumnya, dipercayai lebih utama daripada dicintai. Dan itulah juga ungkapan yang kerap diulang-ulang oleh mereka yang arif tentang cinta. Ramai yang kurang bersetuju dengan kata-kata ini. Masakan begitu, detik hati kita.

Teringat kembali detik mengetahui cinta kita telah diterima oleh si dia… Ah, gembiranya saat itu. Dunia ini seakan tersenyum. Bulan, mentari dan bintang seakan turut bersama kita meraikan detik yang sangat indah itu. Bukankah dicintai lebih utama daripada dipercayai? Hati kita berkata-kata.

Musim berlalu. Alam rumah tangga yang kita bina bersamanya menongkah arus ujian. Pelbagai suka duka, pahit manis diharungi bersama. Kata orang, semakin tinggi pokok yang kita panjat, semakin kuat pula angin yang menggoyang. Maksudnya, semakin tinggi puncak kehidupan ini kita daki maka semakin banyak dan hebat ujian yang menggugah hati. Warna sebenar (true colours) kita dan pasangan kita akan terserlah. Pada ketika itu segala yang pahit, masam, busuk akan terserlah…

Cinta semata-mata tidak akan mampu mempertahankan keharmonian rumah tangga. Perkahwinan dimulakan oleh cinta tetapi disempurnakan oleh tanggung jawab. Cinta itu satu rasa yang bertunjangkan perasaan. Perasaan tanpa kekuatan jiwa dan kematangan berfikir akan goyah apabila berdepan dengan ujian. “Perasaan” adalah hamba yang baik tetapi tuan yang sangat buruk. Justeru, jika ingin selamat, pastikan perasaan “bekerja” untuk kita, bukan sebaliknya.

Akan tiba masanya, sesuatu yang kita lihat indah dahulu tidak indah lagi kini. Jika kita hanya bergantung kepada perasaan, cinta kita akan tercalar. Pada ketika itu cinta memerlukan tanggung jawab dan tanggung jawab menuntut satu kepercayaan. Ketika cinta mula goyah di pentas rumah tangga, tanggung jawab akan datang menyelamatkan “pertunjukan” dengan peranan yang lebih berkesan.
Cuba bayangkan, ketika isterimu hamil, muntah-muntah, rambut kusut dan badannya tidak terjaga lagi kerana menanggung derita tempoh mengandung, ketika mulutnya mula becok mengasuh dan mengelolakan anak yang berderet selang setahun, atau ketika suamimu termenung memikirkan belanjawan rumah yang semakin meningkat atau keceriaannya semakin menurun gara-gara sibuk mengejar tugasan yang bertali arus… Bagaimana? Masih berserikah wajah sidia seperti yang kita lihat pada malam pertama?

Atau lebih menguji lagi apabila umur perkahwinan semakin lanjut dan kita sudah mencecah usia senja. Pada saat itu darah tinggi, diabetes, tahap kolesterol, obesiti dan malam-macam penyakit mula bertamu. Mungkin kita selamat, isteri pula yang menghidapnya. Bagaimana? Sanggupkah kita menjaganya dengan setia? Membawanya ke hospital memenuhi rutin rawatan, memastikan segala ubat-ubat dimakannya menepati jadual, atau lebih “ekstrem” lagi terpaksa menyuap makan-minumnya ketika dia sudah terbaring kesakitan serta menukar kain lampin kerana dia sudah tidak mampu mengurus diri?

Cinta memang hebat, tetapi ia tidak dapat menandingi tanggung-jawab. Cinta yang hebat ialah cinta yang ditunjangi tangung jawab. Cinta itu untuk memberi bukan untuk menerima. Lafaz, “aku terima nikah,” oleh kita sebagai suami musim lalu bukan bererti kita menerima sebaliknya untuk memberi. Kita memikul tanggung jawab untuk memberi kasih-sayang, perhatian, pembelaan, didikan dan segalanya…

Pun begitu bagi si isteri… penerimaan mu sebagai pasangan hidupnya bukan ertinya untuk kau menerima tetapi untuk memberi – memberi kesetiaan, kepatuhan, pembelaan dan seluruh jiwa raga mu untuknya. Kau telah membuat satu aku janji yang paling suci dan tinggi dalam hidup mu, bukan untuk seseketika tetapi untuk selama-lamanya. Bukan hanya ketika suami mu bertubuh kekar, tetapi sehinggalah dia terlantar. Bukan hanya ketika rambutnya hitam tersisir rapi, tetapi hingga rambutnya putih dan mungkin tidak tumbuh-tumbuh lagi!

Itu baru ujian luaran. Belum lagi ujian dalaman yang berbentuk cemburu, jemu, marah, curiga dan lain-lain “virus” perhubungan. Berapa banyak hubungan yang terputus atau tinggal nyawa-nyawa ikan kerana hilangnya kepercayaan.
“Aku cintakannya, tetapi aku curiga apakah dia setia dengan ku?”
“Tergodakah dia bila di belakangku?”
Itulah contoh dialog hati yang merasuk bila ada cinta tetapi kurang ada percaya. Fobia dan trauma ini sering melanda rumah tangga. Ia akan menyebabkan hilang bahagia.

Pernah anda lihat si suami yang “diganggu” panggilan telefon oleh isterinya setiap selang 15 minit sekali? Aduh rimasnya. Betulkah itu kerana cinta atau kerana curiga. Pada hal cinta itu membebaskan bukan mengawal. Jika kita benar cintakan suami atau isteri, dan cinta itu ditunjangi oleh kepercayaan, kita tidak akan mengawalnya bahkan kita akan membebaskannya. Terbanglah ke mana kau suka, insya-Allah kau akan kembali jua. Justeru hati mu… tetap di sini, di hati ku!

Ada si suami yang curi-curi memeriksa “inbox” dan “sent” telefon bimbit isteri kalau-kalau ada SMS yang mencurigakan? Ada pula isteri yang menyelongkar setiap inci kereta suami takut-takut ada “kesan-kesan” tinggalan perempuan lain. Pernah saya dengar ada suami yang memusnahkan segala resit, bil, surat-surat kecil, dan apa jua dokumen-dokumen picisan dalam poket dan beg duitnya sebelum pulang ke rumah takut “disoal siasat” oleh isterinya?

“Ini bil makan, abang makan dengan siapa?”
“Lain macam sahaja mesranya SMS ini, ada apa-apa ke ni?”
“Eh, banyak yang abang beli ni. Tetapi kenapa nampak sedikit sahaja yang dibawa pulang ke rumah?”

Itulah soalan-soalan isteri yang menyebabkan suami terkial-kial menjawabnya. Pada suami semua itu remeh temeh, tetapi tidak pada isteri yang tidak percaya, semua itu boleh dijadikan modal “perang besar”. Kalau si suami disyaki ada di tempat yang tidak sepatutnya ada atau pada waktu yang tidak sesuai, siap sedialah menghadapi hukuman jika gagal memberikan “alibi”!

Itulah gara-gara sama ada isteri tidak mempercayai suami atau suami tidak mempercayai isteri atau kedua-duanya sudah saling tidak mempercayai! Bukan kerana tidak ada cinta tetapi kerana hadirnya sebuah curiga akibat hilang rasa percaya. Sebab itu mengikut kajian, penceraian banyak berlaku bukan sahaja pada pasangan yang sudah kehilangan cinta tetapi pada pasangan yang terlalu cinta.

Tidak percayakan seseorang disebabkan dua faktor. Pertama, kita belum benar-benar mengenalinya. Kedua, kerana kita telah benar-benar mengenalinya. Jika disebabkan faktor yang pertama, jalan terbaik ialah kenalilah pasangan anda dengan lebih mendalam. Berkenalan kali pertama dahulu (seawal usia perkahwinan) adalah untuk menumbuhkan bibit-bibit cinta. Tetapi perkenalan kali kedua, ketiga dan seterusnya yakni setelah usia perkahwinan meningkat adalah untuk menyuburkan bibit-bibit percaya. Adalah salah sekali kalau kita beranggapan yang kita telah kenal pasangan kita dan terus menghentikan proses perkenalan. Sedangkan proses perkenalan dalam rumah tangga adalah “on going” (berterusan) sifatnya.

Kenal itu sangat berkait dengan rasa cinta. Dan cinta sejati dalam sebuah rumah tangga adalah dibina atas perkenalan bukan sahaja dengan kebaikan pasangan kita tetapi juga dengan keburukannya. Ya, kita sanggup menerima bukan sahaja yang indah tetapi juga yang hodoh pada wajah batin pasangan kita. Keburukannya akan kita cuba sama-sama atasi dan jika tidak, kita terima seadanya kerana kita sedar kita berkahwin dengan manusia bukan malaikat.

Kita akan terus mempercayainya walau apa pun keadaan. Kita mengingatkan bila dia terlupa dan membantunya sewaktu dia ingat. Jangan sekali-kali hilang kepercayaan. Selagi kita bertekad meneruskan perkahwinan hingga ke akhir hayat, pupuklah kepercayaan. Kepercayaan itu akan melahirkan tanggung jawab dan tanggung jawab adalah oksigen cinta. Oksigen itulah yang akan memberi stamina kepada cinta untuk terus kembara dari dunia hingga ke syurga.

Jika anda bertanya bagaimana memupuk kepercayaan? Jawabnya, kembalilah kepada kepercayaan-kepercayaan yang asas dan teras. Apa lagi jika bukan Rukun Iman? Binalah semua jenis percaya di atas enam kepercayaan itu. Jika suami dan isteri percayakan Allah, dan sama-sama berpegang kepada kehendak-Nya, maka mereka akan saling mempercayai antara satu sama lain. Percayalah kepercayaan kepada Allah itu adalah simpulan yang mengikat kepercayaan sesama manusia.

Sebab itulah kepercayaan juga disebut sebagai akidah – ertinya simpulan. Simpulan yang mempertautkan segala kebaikan. Ya, kepercayaan kita kepada Allah akan menyebabkan pasangan kita mempercayai kita.
“Ah, suami ku jauh. Tetapi aku percayakannya. Dia adalah mukmin yang teguh agama.”
“Aduh lamanya kita berpisah. Namun isteri ku, iman akan menjaga mu…”

Bila hancur sebuah cinta bererti hancurlah satu kepercayaan. Bila hancur kepercayaan bererti hancurlah iman. Wahai suami, wahai isteri… sekali lagi ku tegaskan inilah oksigen cinta. Dan bagi semua yang masih belum mengenal cinta (antara lelaki dengan wanita), burulah sesuatu yang lebih indah daripada dicintai… itulah dipercayai!

Bukankah nabi Muhammad itu lebih dahulu mendapat gelar ”Al Amin” (dipercayai) sebelum menemui srikandi cintanya Siti Khadijah?

Friday, February 12, 2010

HOW TO BE A SUCCESFULL WIFE~ fiddunya Wal akhirah


10. Use your ‘Fitnah’ to win the heart of your husband
All women have the ornaments that Allah blessed them with. Use the beauty Allah - Azza wa Jal - has bestowed you with to win the heart of your husband.
9. When your husband comes home, greet him with a wonderful greeting
Imagine your husband coming home to a clean house, an exquisitely dressed wife, a dinner prepared with care, children clean and sweet smelling, a clean bedroom – what would this do to his love for you? Now imagine what the opposite does to him.
8. Review the characteristics of the Hoor Al-Ayn and try to imitate them
The Qur’an and Sunnah describe the women in Jannah with certain characteristics. Such as the silk they wear, their large dark eyes, their singing to their husband, etc. Try it, wear silk for your husband, put Kohl in your eyes to ‘enlarge’ them, and sing to your husband.
7. Always wear jewelry and dress up in the house.
From the early years, little girls have adorned themselves with earrings and bracelets and worn pretty dresses – as described in the Qur’an. As a wife, continue to use the jewelry that you have and the pretty dresses for your husband.
6. Joke and play games with your husband.
A mans secret: they seek women who are lighthearted and have a sense of humor. As Rasul Allah – sal Allahu alayhi wa sallam – told Jabir to marry someone who would make him laugh and he would make her laugh.
5. Thank your husband constantly for the nice things he does. Then thank him again.
This is one of the most important techniques, as the opposite is a characteristic of the women of hellfire.
4. An argument is a fire in the house. Extinguish it with a simple ‘I’m sorry’ even if it is not your fault.
When you fight back, you are only adding wood to the fire. Watch how sweetly an argument will end when you just say sincerely, “Look, I’m sorry. Let’s be friends.”
3. Always seek to please your husband, for he is your key to Jannah.
Rasul Allah – sal Allahu alayhi wa sallam – taught us that any women who dies in a state where her husband is pleased with her, shall enter Jannah. So .. please him.
2. Listen and Obey!
Obeying your husband is Fard! Your husband is the Ameer of the household. Give him that right and respect.
1. Make Dua to Allah to make your marriage and relationship successful.
All good things are from Allah. Never forget to ask Allah ta'ala for the blessing of having a successful marriage that begins in this Dunya and continues on - by the Mercy of Allah ta'ala - into Jannah.
And Allah ta'ala knows best

SEKADAR RENUNGAN BUAT INSAN BERGELAR SUAMI...



Terkadangkala tergambar di benak fikiran sesetengah daripada kita bahawa kita telah membuat pilihan yang salah ketika memilih isteri. Sehingga ianya sentiasa bermain di benak fikirannya. Akhirnya, mengubah perasaan terhadap isterinya sendiri. Seterusnya cinta akan berubah menjadi benci. Kasih sayang akan berubah menjadi kemarahan. Ketenangan akan berubah menjadi ketegangan.


Suami-suami....

Ingatlah dengan firman Allah yang bermaksud "Dan gaulilah mereka ( isteri-isteri ) dengan baik. Maka jika engkau membenci mereka, maka mudah-mudahan apa yang engkau benci itu adalah satu dan Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak" Al Nisa. 19

Sabda Rasulullah s.a.w pula yang bermaksud "Sesempurna iman seorang mukmin adalah mereka yang baik akhlaknya, dan yang terbaik (pergaulan) dengan isteri! -isteri mereka".

Dalam hadis yang lain pula Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud "Tidak menyisihkan seorang mukmin, mukminah yang lain, jika ia membenci sesuatu daripada akhlaknya. (Sedangkan) ia boleh meredai akhlaknya yang lain".

Para suami dan para isteri.........

Perlulah kita sedar tiada manusia di dunia ini sempurna segala-galanya. Yang sempurna hanyalah Allah yang bersifat Al Kamal. Tidak sepatutnya kita sentiasa melihat dan mengira-ngira kekurangan pasangan kita. Sedangkan kita tidak pernah menghitung kekurangan dan kesalahan yang kita lakukan.

Wahai saudara-saudaraku..........

Janganlah kita sekali-kali mengambil peluang daripada kelemahan yang ada pada isteri kita. Dan janganlah sekali-kali kita mencari jalan untuk berselisih faham walaupun perkara yang dilakukan oleh isteri kita itu kecil.
Ingatlah firman Allah Taala yang bermaksud "..maka jika isteri-isteri berlaku taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan ( kesalahan untuk berselisih faham lagi ). Sesungguhnya Allah Maha Tinggi dan Maha Besar ". Al Nisa. 34

Sahabat-sahabatku.....

Satu ketika Saidina Ali r.a telah ditanya oleh seorang bapa, "Sesungguhnya aku mempunyai seorang anak perempuan, dengan siapakah sepatutnya aku kahwinkan dia ?".

Saidina Ali r.a menjawab "Kahwinkahlah ia dengan lelaki yang bertakwa kepada Allah, maka jika ia menyayanginya, ia akan memuliakannya. Maka jika ia memarahinya ia tidak akan menzaliminya ( menyakitinya )".

Ingatlah para suami.......

Jika engkau mendambakan isteri yang tiada kekurangan dan kelemahan, ketahuilah sesungguhnya engkau adalah seorang yang ego dan mementingkan diri sendiri sahaja. Engkau hanya mahu membolot kesejahteraan hidup seorang diri. Sebenarnya kekurangan isteri kita boleh dibetulkan dengan lemah lembut tanpa memerlukan kekasaran.

Muawiah bin Ubaidah pernah bertanya! kepada Rasulullah s.a.w apakah antara tanggungjawab suami kepada isteri.

Lalu Rasulullah s.a.w menjawab, "Engkau memberi makan apa yang engkau makan. Engkau memberi pakaian apa yang engkau pakai. Dan jangan sekali-kali engkau menempeleng dan memburuk-buruknya. Juga jangan sekali-kali engkau menyisihkannya keluar dari rumah ". Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud.

Wahai suami.......

Tidakkah kamu mahu menerima anugerah Allah Taala yang amat besar di akhirat kelak. Tahukah kamu apakah balasan yang akan dianugerahkan oleh Allah kepada suami-suami yang berlaku baik terhadap isteri-isteri mereka.

Renungilah mafhum hadis ini: "Mereka yang berlaku adil di hari kiamat kelak akan bertahta di singgahsana yang diperbuat daripada cahaya. Di sebelah Al-Rahman (Allah). Mereka adalah (orang) yang berlaku adil ketika menghukum dan (berlaku adil) terhadap isteri-isteri mereka, dan orang yang di bawah tanggungjawabnya ". Hadis riwayat Imam Muslim.

Ingatlah para suami....

Isteri-isteri kamu sanggup meninggalkan ibu bapa dan saudara-saudara mereka demi mengikut dan tinggal bersama kamu.
Oleh itu janganlah sekali-kali kamu mempersia-siakan pengorbanan mereka.
Kamulah yang akan mengisi kekosongan tanggungjawab ibu bapa dan saudara mereka.

Mereka adalah insan yang lemah dan sering diselubungi emosi. Mereka amat memerlukan perlindunganmu yang dipenuhi dengan naungan kasih sayang, senyuman dan erti kepercayaan.

Mereka juga memerlukan tunjuk ajar yang baik, nasihat yang berguna dan dakwah yang berhikmah. Ingatlah isteri kita adalah ibu kepada anak-anak kita. Ia juga adalah sekolah kepada anak-anak kita. Sebagaimana syair Arab ada menyebut: "Ibu adalah sekolah jika engkau menyediakannya, Ia akan menyediakan rakyat yang baik dan agung."

WaLlahua'lam...