CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, March 11, 2011

KONDISI TERKINI ANAKKU AISYAH SUMAYYAH ~ 40 HARI

Alhamdulillah..pada hari ini daku diberi peluang untuk mendakapnya buat kali pertama. Betapa bahagia ibu abah dapat mencium dan mendakap puteri tercinta. ..tidak terkata.Lebih-lebih lagi tatkala Aisyah Sumayyah membuka mata dan menatap wajahku, ketenagan, kebahagiaan dan kesyukuran yang tidak terhingga pada-Mu ya Allah..
current weight: 1.39kg. alhamdulillah...syukur.

Wednesday, March 9, 2011

KONDISI TERKINI ANAKKU AISYAH SUMAYYAH 38 HARI


..curi2 ambil gambar anakanda dlm incubator ;) still hairy(berbulu halus), kening keperangan & pakai tiub saluran susu

current weight :1.33o kg..alhamdulillah


to be continued...
(ada urusan yg perlu diselesaikan..insya Allah update terkini boleh bicara panjang lebar..)

Monday, March 7, 2011

KONDISI TERKINI ANAKKU AISYAH SUMAYYAH ~ 36 HARI

Alhamdulillah..baru pulang dari melawat anakanda Aisyah Sumayyah. Syukur, dipindahkan ke bilik intermediate dan beratnya hari ini 1.3kg..alhamdulillah

Saturday, March 5, 2011

KONDISI TERKINI ANAKKU AISYAH SUMAYYAH ~ 34 HARI


Salam pertemuan..
Kali ini daku agak lewat mengemaskini dan menulis post baru kerana kekangan masa di atas beberapa urusan yang harus diberi keutamaan. Hari ini hari yang ke 34,tempoh pantangku juga umur anakku Aisyah Sumayyah yang tercinta. Syukur Allah, diizinkanNya untukku, suami, anak-anak zuriatku, khususnya Aisyah Sumayyah sihat sejahtera. Suami dan anak-anakku yang lainnya sentiasa ceria dan bahagia dan tidak sabar menanti kepulangan ahli keluarga yang baru. Alhamdulillah, siang tadi kami pergi menjenguk dan menghantar stok susu ibu kepada anakanda Aisyah Sumayyah di hospital. Sebelum ini, kami telah pergi menjenguknya dua hari yang lepas. Sesampainya daku di sana, betapa bersyukurnya tatkala melihatkan anakku membuka mata memandangku sambil menghisap jarinya. Doktor menyatakan itu adalah perkembangan yang baik lagipun ketika itu adalah masa penyusuannya melalui tiub. Tanpa berlengah, bekalan susu ku serahkan untuk diberikan kepada anakanda tercinta yang kelihatannya agak lapar. Sambil jururawat memberikan susuku melalui tiub, daku membelainya dengan sepenuh kasih sayang. Aisyah sumayyah seakan mengerti, matanya tidak lepas dari memandangku sambil air susuku mengalir ke perutnya melalui tiub. Tatkala itu bahagianya dihati..betapa bersyukur pada Allah, memberikan nikmat dan peluang zuriat yang ke tiga ini merasai,mengalir ke tubuhnya rezeki Allah melalui susu ibu walau caranya berbeza.. Walaupun bekalan susuku agak berkurangan, namun ku usahakan jua dengan pelbagai cara supaya sampai waktunya nanti, anakku dapatku susui jua,insya Allah.Doktor memberikan nasihat supaya membelainya dengan menggunakan losyen atau baby oil selepas ini kerana bayi akan lebih cepat membesar jika sering dibelai. Sebelum ini daku dan suami tercinta akan membelainya sekerap, selama mungkin sambil bercakap dan berzikir tanpa losyen atau baby oil. Banyak ilmu daku pelajari dari hari ke hari. Pada hari ini juga beratnya anakku sayang telah meningkat ke 1.24kg.alhamdulillah..syukur,alhamdulillah..

Wednesday, March 2, 2011

KONDISI TERKINI ANAKKU AISYAH SUMAYYAH ~ 31 HARI

Salam. Seperti biasa...paling kurang, selang sehari daku pasti mengemaskini blogku yang tidak seberapa ini untuk perkongsian perkembangan terkini anakku Aisyah Sumayyah tersayang.

Alhamdulillah..doktor sendiri telah menemui kami yang sedang asyik membelai anakanda tercinta. Doktor menyatakan bahawa anakku menunggu masa untuk ke bilik intermediate,namun perlu dimonitor dahulu buat masa terdekat ini, ditambah kondisinya yang semakin sihat dan stabil..alhamdulillah. Hanya menunggu beratnya naik tanpa masalah kritikal yang lain. Alhamdulillah..sejuta perkataan pun tidak mampu menandingi betapa syukurku pada-Mu ya Allah.. Jika kelmarin beratnya 1.115kg, semalam beratnya meningkat kepada 1.125kg. Hari ini meningkat lagi berat ankanda tercinta kepada 1.140kg. Bagi kami, amat bersyukur dengan peningkatan beratnya yang sedikit demi sedikit dan stabil. ..
Walau sebenarnya dihati kami masih terasa kebimbangan dengan kondisinya,namun kami tidak putus berdoa semoga terhindar daripada sebarang kemungkinan yang negatif. Insya Allah, Allah sentiasa memeliharanya dan melindunginya..
Perkembangan ibu pula, pagi tadi juga telah pergi menemui doktor di HSNZ sebagaimana yang telah dijadualkan bagi pemantauan dan rawatan penyakitku sendiri.. hari ini juga doktor pakar O&G mengambil sample darah untuk ujian PE profile. Keputusan ujian darah akan diberitahu kemudian. 2 minggu akan datang akan ada lagi temujanji di O&G dan seterusnya pada awal bulan 5 bagi menemui pakar Nefrologi(pakar buah pinggang). Insya Allah semoga kondisi ibu sendiri akan stabil walau tekanan darahku kini menjadi tidak menentu, terkadang terlalu rendah, stabil dan tinggi.. daku hanya berserah padaMu ya Allah.. Sekian dulu buat kali ini..Insya Allah panjang umur berjumpa lagi...