CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, March 2, 2011

KONDISI TERKINI ANAKKU AISYAH SUMAYYAH ~ 31 HARI

Salam. Seperti biasa...paling kurang, selang sehari daku pasti mengemaskini blogku yang tidak seberapa ini untuk perkongsian perkembangan terkini anakku Aisyah Sumayyah tersayang.

Alhamdulillah..doktor sendiri telah menemui kami yang sedang asyik membelai anakanda tercinta. Doktor menyatakan bahawa anakku menunggu masa untuk ke bilik intermediate,namun perlu dimonitor dahulu buat masa terdekat ini, ditambah kondisinya yang semakin sihat dan stabil..alhamdulillah. Hanya menunggu beratnya naik tanpa masalah kritikal yang lain. Alhamdulillah..sejuta perkataan pun tidak mampu menandingi betapa syukurku pada-Mu ya Allah.. Jika kelmarin beratnya 1.115kg, semalam beratnya meningkat kepada 1.125kg. Hari ini meningkat lagi berat ankanda tercinta kepada 1.140kg. Bagi kami, amat bersyukur dengan peningkatan beratnya yang sedikit demi sedikit dan stabil. ..
Walau sebenarnya dihati kami masih terasa kebimbangan dengan kondisinya,namun kami tidak putus berdoa semoga terhindar daripada sebarang kemungkinan yang negatif. Insya Allah, Allah sentiasa memeliharanya dan melindunginya..
Perkembangan ibu pula, pagi tadi juga telah pergi menemui doktor di HSNZ sebagaimana yang telah dijadualkan bagi pemantauan dan rawatan penyakitku sendiri.. hari ini juga doktor pakar O&G mengambil sample darah untuk ujian PE profile. Keputusan ujian darah akan diberitahu kemudian. 2 minggu akan datang akan ada lagi temujanji di O&G dan seterusnya pada awal bulan 5 bagi menemui pakar Nefrologi(pakar buah pinggang). Insya Allah semoga kondisi ibu sendiri akan stabil walau tekanan darahku kini menjadi tidak menentu, terkadang terlalu rendah, stabil dan tinggi.. daku hanya berserah padaMu ya Allah.. Sekian dulu buat kali ini..Insya Allah panjang umur berjumpa lagi...

2 comments:

  1. MAHA SUCI ALLAH...MENGUJI HATI2 HAMBANYA UNTUK MENAMBAHKAN LAGI IMAN DAN CINTA PADANYA..... SMG KALIAN DIBERIKAN KETABAHAN DAN KEMUDAHAN DALAM MENGHARUNGI UJIAN GETIR INI WAHAI SAHABAT... MG KITA SEMUA DIBERIKAN KEMUDAHAN OLEH ALLAH UNTUK MELAHIRKAN, MEMBESARKAN, & MENDIDIK PARA MUJAHID ISLAM...AMIN YA RABB

    ReplyDelete
  2. syukran ..
    insya Allah, ALLAHU AKBAR!

    ReplyDelete