CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, March 5, 2011

KONDISI TERKINI ANAKKU AISYAH SUMAYYAH ~ 34 HARI


Salam pertemuan..
Kali ini daku agak lewat mengemaskini dan menulis post baru kerana kekangan masa di atas beberapa urusan yang harus diberi keutamaan. Hari ini hari yang ke 34,tempoh pantangku juga umur anakku Aisyah Sumayyah yang tercinta. Syukur Allah, diizinkanNya untukku, suami, anak-anak zuriatku, khususnya Aisyah Sumayyah sihat sejahtera. Suami dan anak-anakku yang lainnya sentiasa ceria dan bahagia dan tidak sabar menanti kepulangan ahli keluarga yang baru. Alhamdulillah, siang tadi kami pergi menjenguk dan menghantar stok susu ibu kepada anakanda Aisyah Sumayyah di hospital. Sebelum ini, kami telah pergi menjenguknya dua hari yang lepas. Sesampainya daku di sana, betapa bersyukurnya tatkala melihatkan anakku membuka mata memandangku sambil menghisap jarinya. Doktor menyatakan itu adalah perkembangan yang baik lagipun ketika itu adalah masa penyusuannya melalui tiub. Tanpa berlengah, bekalan susu ku serahkan untuk diberikan kepada anakanda tercinta yang kelihatannya agak lapar. Sambil jururawat memberikan susuku melalui tiub, daku membelainya dengan sepenuh kasih sayang. Aisyah sumayyah seakan mengerti, matanya tidak lepas dari memandangku sambil air susuku mengalir ke perutnya melalui tiub. Tatkala itu bahagianya dihati..betapa bersyukur pada Allah, memberikan nikmat dan peluang zuriat yang ke tiga ini merasai,mengalir ke tubuhnya rezeki Allah melalui susu ibu walau caranya berbeza.. Walaupun bekalan susuku agak berkurangan, namun ku usahakan jua dengan pelbagai cara supaya sampai waktunya nanti, anakku dapatku susui jua,insya Allah.Doktor memberikan nasihat supaya membelainya dengan menggunakan losyen atau baby oil selepas ini kerana bayi akan lebih cepat membesar jika sering dibelai. Sebelum ini daku dan suami tercinta akan membelainya sekerap, selama mungkin sambil bercakap dan berzikir tanpa losyen atau baby oil. Banyak ilmu daku pelajari dari hari ke hari. Pada hari ini juga beratnya anakku sayang telah meningkat ke 1.24kg.alhamdulillah..syukur,alhamdulillah..

No comments:

Post a Comment